//Everyone Loves You
Ramadhan Ya Ramadhan!

Monday, July 23, 2012 @ 5:48 AM | 0 Comment [s]


Ya Allah~rasa tak percaya je Ramadhan telah kembali.diri ini rasa sangat bertuah dan bersyukur kepada Allah kerana masih memberi pinjaman nyawa kepada diri ini.gembira rasanya bila datangnya Ramadhan kali ini.kerana bulan inilah bulan yang boleh melatih diri bersifat mahmudah dan membuat perkara2 sunat.ya,diri ini tidaklah begitu sempurna dan tidaklah begitu perfect.bulan Ramadhan mungkin banyak dugaan,tapi ia melatih kita supaya bersabar dan merasai bagaimana Rasulullah s.a.w pernah berperang dalam keadaan berpuasa.Ya Allah,rasanya Ramadhanlah bulan yang paling gembira tapi yang menyedihkan ialah kenapa kita tidak berpuasa?Ya Allah,sedih melihat kaum adam ada yang tidak berpuasa siap merokok lagi.Wallahualam.bagi kaum hawa pula,orang sudah tahu apa masalahnya tapi janganlah makan atau minum didepan orang2 yang tengah berpuasa,adakah anda tidak malu makan atau minum depan orang lain yang sedang berpuasa?tepuk dada tanyalah iman.

Ya Allah~rasanya tenang kembali jiwa ini yang telah lama menangis akan rindu Kepada-Mu.Terima kasih kepada-Mu yang telah memberikanku peluang untuk hidup mengabdikan diri kepada-Mu,Ya Allah.akulah manusia yang paling hina disisiMu,Ya Allah.tapi,Maafkanlah diri ini yang telah banyak melakukan kesilapan dan leka dengan hal dunia.selama ini,jiwa dan hati ini sering menangis tanpa sebab.sekarang,barulah diri ini tahu bahawa sebenarnya jiwa dan hati ini sangat memerlukan kasih sayang daripada-Mu,Ya Allah.ya,diri ini tahu yang diri ini tidak layak berada disisiMu,tetapi diri ini sangat memerlukanMu,Ya Allah.diri ini sangat malu kepada-Mu dan juga Kekasih-Mu,Rasulullah s.a.w kerana diri ini sangat HINA dan sangat LEKA hingga mengabaikan perkara yang patut dibuat,ya Allah.hati ini sudah lama kosong dan ingin mencintai dengan-Mu dan juga kekasih-Mu yang amat kusayangi ini.rawatkanlah hatiku yang terluka ini,Ya Allah.Berikanlah aku petunjuk Hidayah-Mu.janganlah Kau pesongkan hati ini lagi,Ya Allah.

hati ini sedang kosong dan terluka Ya Allah.mungkin orang lain tidak memerlukan aku,dan aku tidak memerlukan orang lain,tapi aku memerlukan-Mu,Ya Allah.Segala cubaan dan dugaan yang diberikan Oleh-Mu sangat pahit,Ya Allah.tapi,berikanlah Kemanisan itu kelak di Akhirat.tapi jika tiada kenangan itu,kita juga tidak pernah akan merasainya.pada bulan yang mulia ni,banyak sangat benda berfaedah yang boleh kita lakukan.janganlah hanya mengikut nafsu ja.kita ni sebagai khalifah ni muka bumi Allah,wajib menjalankan tanggungjawab kita sebagai khalifah:) InsyaAllah~semoga Allah sentiasa memberkati kita semua.AMIN~


Older Post | Newer Post
The Disclaimer


Assalamualaikum and hello,Hasanah is here,I am a Directioner! :D welcome to my blog:)

Navigation

Diary About Stuff Them


Music On!



The Credits

Template by : Aina Syaza
Basecode : Farisya
Images : We♥it
Full Edited : Your name?